Hari ini ialah harijadi Idah yang ke-8. Mami dah berjanji untuk outing lepas kerja sempena hari istimewa hari ini.
KE mana ye nak meraikan? Mami kata dia ada RM25 . Tapi pagi tadi mami dah bagi aku sekeping duit merah buat belanja. Mujur aku tak pakai. BEtullah cukup RM25 tuh. Anak-anak dah siap menanti di rumah. Si kecil dah disarungkan baju baru. Terkinja2 pastinya nak keluar jalan. (Kami betul happy walaupun perjalanan nanti cuma dgn Kancil 660)
Ingat nye nak pekena nasi Ayam kat Tesco Shah Alam. Tapi dah berjanji nak makan kek. Terus tak jadi. Pergi BBK nyer Bee's Bread beli kek RM16. Pastu Lalu belakan singgah flat Cempaka cari Nasi Lemak. Dgn balance tak seberapa, mintak 2 ketul Ayam buat penyedap selera. Tadi kami celebrate harijadi Ida dengan Nasi Lemak . Patutnya potong kek, tapi masing-masing senyap. Mungkin mami nak simpan esok untuk sambut harijadi aku sekali. Takpe esok abah dapat gaji kita call McD & PizzaHut sekali dua. Biar meriah majlis keluarga kita nanti. Dah congak , gerenti tak lebih RM100.
OK .. Kasi Gegar! AFUNDI AIZAT.
1 comment:
sambil pegang sikit yg aku tak tahan nih...
saya mesti pilih
(ala2 iklan bank rakyat)
Post a Comment