Tuesday, March 27, 2007

Di manakah silapnya


Dah lama saya tak blog. Tak tahu pun blog ni gunanya untuk apa. Bila baca blog orang lain nampak macam bes ...POYO2.
Dulu pernah aku bercita2 nak menulis , nak jadi wartawan. Tapi sayang sekali tak nampak jalannya. Aku biarkan cita2 ku karam dalam kawah macam-macam. Bunyi macam penuh sesalan. Tak baikkan gini? Tapi aku tak pandai nak menyembunyikan semua yang tersirat dalam hati, dalam otak aku.
Dulu semua tingkah kawan aku nak jejak. Yang menarik pasal aku walaupun aku berkawan aku masih sendirian. Pelikkan. Aku tak suka jalan 3 orang. Biar lebih dari 5. Kalau aku jalan bertiga, pasti aku terbungkam sendirian. Aku tak pakar dalam sosial. Bagi aku kawan atau sahabat ini penting dan paling aku ternanti-nanti kehadiran mereka. Dulu aku pernah ada kawan bukan sebangsaku, namun aku senang dengan dia. Kalau dia ada, tak payah sembangpun aku dah ok. Aku macam serasi. Banyak yang aku pelajari selama aku mengenalinya. Banyak yang dia pelajari dari aku. Bayangkan aku kenali dia semasa dalam PBSM di High school. Masa aku mula-mula berumur 13 tahun. Dan jadi semakin rapat bila sekelas di tingkatan 3. Lebih 20 tahun dah berlalu. Kini hanya kenangan. Hubungan kami retak . Aku tidak pernah cuba mencarinya. mungkin tak samapun kalau tiba-tiba aku ditakdirkan bertembung dengan dia, hati dah tak serupa dulu. Aku pernah berdoa agar terbuka pintu memeluk Islam. Biar anak2 ku tahu apakah erti persahabatan sebenar. Biar dia boleh datang mengunjungiku dan anak2 ku pasti gembira dengan kunjungannya. Biar anak2 ku baergaul mesra denagn anak2nya.
Aku pasti jauh di lubuk hatinya ada sekelumit ingatan dan kenangan selama kami dianugerahkan oleh Allah memiliki ikatan perkenalan sebegitu.
Wasallam..

No comments: