Tuesday, April 03, 2007

Lagi...

OK! Satu-satu perkara bermain dikepalaku. Sampai cekang rasa otak aku. Biasalah minggu ni minggu gaji. Ramai yang bergumbira. Ada yang keluar cepat time lunch, pastu masuk lambat. Dgn time off lagi. Boss paham kot. Biasanya takde soal jawabpun.

Aku pun kategori sama juga. Aku kena bayar rumah. Bil lain pakai online je. Ada bayaran lama yang dah lama tak berbayar. Credit Card dan rumah kedua aku. Aku ni blacklist . Tapi bini aku dan anak2 yang kena merasai sama keblacklistan aku ni. Apa tak nyekan. Beli kereta pun tak leh lekat loan . Semua nak kena cash money.

Aku tak niat pun nak beli 2nd house tuh. Orang tua aku yang mencetuskan idea tuh sebab kakak aku pun beli kat blok yang sama. Niat akupun eloklah, tak nak timbul isu semasa lagi. Masa tu , aku dah sign up pun ngan rumah 1st ni. Pemaju tu bapak member. Kira on jelah. Tapi lambat sikit naiknya, sampai semua orang cakap projek tuh tak akan mula langsung. Dah gitu gayanye aku pun jumpalah salegirl rumah 2nd, bini pakcik aku. Banker tu pulak laki dia , pakcik aku tadi. Terus ngap lah loan tu. Beban! Ngam

Pikiau pulak camana nak pasang lampu, kipas, perabot, tong gas dan sebagainya. Pucuk di cita, kat opis aku lama ada buat permohonan kad kredit beramai2. Macam best sebab konon masalah yang menyesakkan otak boleh dilaras. Hah! Lulus. MAster ngan Visa. RM 6k. Statrt situ hidup aku berubah. Langsung berubah. Papa!

PEndek cerita, kredit kad punya suwey samapi kena mengadap hakim kat mahkamah seksyen. RUmah tu pulak Pemaju setan tu tak leh release kunci sebab aku baru setel 6% dari deposit rumah tu. TAk leh aku sewa dan takleh aku nak buat apa-apa dengan rumah tu. Aku ada 2 masalah besar yang paling menajutkan dlam hidup aku hari2. Kira interest, wah pening boleh beli wira cash!!!!!!!!!

Dengan pengalaman mahal aku ini, jadikanlah iktibar. Jangan takut mempertahankan cita2 dan keinginan sendiri. Adakan prinsip, pegang perinsip tu kuat2. You yang tentukan corak hidup you, usah biarkan urusan dicampuri orang lain. Keluarga hanya boleh support, idea lu sendiri punya. Kalau lu ada idea lua pakai sendiri. KAlau nak keluarga rapat denagn lu. Lu kena cari jalan hiduplu sendiri. Dari mula kenal dunia sampai lu mati. Untuk keluarga, yakinilah kebolehan setiap satu isi keluarga. Jangan buruk sangka, jangan hina pendapt setiap ahli. Jalan kami yang pilih. Kalau salah bimbinglah secara diplomasi. Kalau perlu sokong, tak bukan kalau...sokong jelah dengan sepenuh hati,jiwa keluarga, adik, kakak,abang (oops, akulah abg) mak &abah. Bukan sengaja untuk kurang partisipasi. Memang aku tak boleh. Sesungguhnya, untuk pulang... hati mengelabah, jantung berdebar. Mungkin aku yang tak pandai berkeluarga.

Wallahualam...

PakuMoku

No comments: