Saturday, October 09, 2010

Tanggungjawab & Keutamaan Dalam Keluarga

Petikan dari http://prubsnadvisor.com/#

Tanggungjawab & Keutamaan Dalam Keluarga
1) Melindungi waris daripada bebanan kewangan akibat kematian yang tidak dijangka (Dying Too Soon)
2) Plan Kewangan untuk persaraan (Living Too Long)
3) Melindungi pendapatan akibat penyakit biasa, kritikal dan kecederaan yang memerlukan kos rawatan berterusan (Living Death)
4) Pendidikan anak-anak (Children’s Future)
5) Simpanan dan Pelaburan (Wealth Creation)

Perancangan Kewangan & Simpanan di PruBSN Takaful
1.Komprehensif
(Mengandungi simpanan + Perlindungan + Medical Card)
Takaful dengan Medical Card dengan pampasan kematian, lumpuh, HUK dan penyakit kritikal. Jika diagnosis penyakit kritikal polisi PERCUMA sehingga 80 tahun dengan dapat menikmati medical card. Segala tuntutan tidak menjejaskan simpanan anda.
2. Siapa Akan Membayar Bil Hospital Anda
PruBSN akan terus bayar bil kepada hospital dan bukannya anda bayar dahulu dan tuntut kemudian dengan min. RM 500,000 – RM 1.5 JUTA.
3. Pelaburan berlandaskan Syariah – Boleh dikeluarkan dalam akaun “cash-value” apabila melebihi RM 1,000.
4. Kadar Dividen / Mudharabah yang tinggi
- Pelaburan utk memaksimumkan pulangan beserta perlindungan dan medical card dgn kadar pulangan tinggi 9%-15% setahun.

Pelan Kewangan Keluarga Islam (Islamic Family Financial Planning) terbahagi kepada 3 peringkat utama iaitu bermula dengan yang paling asas, Perlindungan Keluarga (Protection). Kedua ialah Perlindungan Kewangan (Savings) dan peringkat teratas ialah Kebebasan Kewangan (Investment). Secara asasnya setiap keluarga Islam (atau individu) perlu meneliti samada perancangan kewangan yang dirancang mereka memenuhi ketiga-tiga peringkat ini.

A) Perlindungan Keluarga (Protection)
Perlindungan keluarga terbahagi kepada tiga perkara yang memerlukan persiapan dan perancangan kewangan yang rapi iaitu:

Hutang

Nabi SAW bersabda :-

???? ?????? ?? ??? ??? ?????

Ertinya : ” Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)” ( Riwayat Muslim, 6/38)

Pada zaman sekarang, manusia secara umumnya memang tak lari daripada bebanan hutang terutamanya dalam soal pembelian rumah dan kereta. Apabila kita mati, adakah sudah ada bekalan kewangan yang mencukupi kepada waris kita untuk melangsaikan hutang kita? Adakah kita sanggup melihat isteri atau anak-anak menderita dan terseksa dengan bebanan hutang kita yang bertimbun? Jadi persiapkan diri dengan kewangan yang mencukupi untuk menjelaskan segala hutang apabila kita meninggal dunia kelak.

Pendapatan
“Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” – (Surah Al-Baqarah ayat 240).

Berdasarkan ayat Al-Quran di atas, Allah SWT telah memerintahkan kepada suami yang mengetahui akan sampai ajalnya, supaya meninggalkan harta atau lebih tepat lagi pendapatan (di samping rumah) kepada isteri mereka untuk tempoh 1 tahun. Ini kerana apabila meninggalnya suami yang bertindak sebagai pencari nafkah dalam keluarga, si isteri akan mengambil masa 1 tahun untuk pulihkan diri dan seterusnya kuatkan semangat untuk meneruskan kehidupan. Dalam tempoh berkenaan, si isteri akan sentiasa muram dan sudah pasti tidak berupaya untuk melakukan apa-apa kerja. Maka bekalan selama setahun yang ditinggalkan suami itulah dapat digunakan untuk mengisi perut mereka serta anak-anak.

Perubatan
Selalunya apabila membincangkan mengenai perancangan kewangan untuk tujuan perubatan, ramai daripada kita tidak mengambil kisah atau ambil endah tak endah kerana merasakan kita masih muda dan tak perlu simpanan untuk tujuan tersebut. Apabila sudah tua, baru nak menyimpan. Mereka sebenarnya lupa yang sakit tak pernah mengenal usia. Hatta bayi yang baru lahir pun kadang kala sudah terkena penyakit. Menurut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit secara puratanya akan datang kepada seseorang individu itu pada usia 35 tahun. Penyakit yang paling ‘popular’ menyerang pada usia ini ialah kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi.

Perancangan kewangan perubatan ini bukan terhad kepada merawat penyakit sahaja. Hal-hal kecemasan seperti kemalangan juga termasuk dalam perancangan ini. Malang tidak berbau. Jangan tunggu sehingga malang menimpa, baru kita hendak mengambil kad perubatan, insurans, takaful dan sebagainya. Pada masa itu kita sudah benar-benar terlambat. Mulakan dari sekarang sebagai persediaan kita sekiranya perkara tidak diingini berlaku di masa hadapan.

No comments: