Saturday, October 09, 2010

Boleh?

di petik dari http://www.mudahniaga.com/


Tidak dinafikan, sesiapa pun tidak boleh menggambarkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Tetapi berdasarkan kepada apa yang anda miliki sekarang, anda mungkin sekurang-kurangnya boleh membuat perancangan tentang persediaan untuk masa hadapan.

Sebagai contoh, bagaimana anda boleh mengira anggaran simpanan persaraan di KWSP.
- Katakan anda berumur 35 tahun
- Simpanan terkini di KWSP adalah sebanyak RM100,000
- Dengan anggaran purata dividen KWSP 5% setahun.
- Jumlah anggaran simpanan anda pada 20 tahun akan datang iaitu ketika anda berumur 55 tahun adalah RM265,000.

Akan tetapi, katakan perbelanjaan bulanan anda yang diperlukan selepas berumur 55 tahun adalah RM2,000 sebulan.
Dengan anggaran pulangan sebanyak 8% setahun dari simpanan anda ini, jumlah RM265,000 boleh dihabiskan dalam tempoh 5 tahun sahaja.
Dengan kata lain, ketika anda berumur 60 tahun anda akan bergantung sepenuhnya kepada sumber kewangan yang lain.

Bagaimana pula mengenai tahap kesihatan anda pada masa itu? Perlu diingat, kos rawatan perubatan hospital berkemungkinan besar boleh menyebabkan simpanan anda berkurangan dalam sekelip mata.

Simulasi Perancangan Kewangan mungkin boleh membantu anda membuat perancangan mengenai perbelanjaan persaraan anda. Boleh hubungi saya sekiranya anda berminat untuk mengetahui mengenainya.

No comments: