Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barokatuh,
Tiba-tiba aku teringat untuk akses balik blog aku ini. Aku terkenangkan makmak yang dah lama terlantar sakit dan kini telah pun kembali ke rahmatullah awal Mei lalu. Makmak ni lah yang mengajar aku solat berjemaah dengan arwah atuk.
Chowkit, pasar selayang makmak juga yang banyak bawa kenangan tu dalam hidup aku. Mak dgn abah pun biasa bawak aku pergi tempat2 tu semua, tapi buat masa ni lebih kenangan pada atuk dan makmak. Dan masih tergambar ikan pertama yang aku pancing bersama atuk. Atuk suruh aku sentap, dan sentapan aku melayangkan ikan itu hingga ke atas pokok jambu di belakang aku....Atuk membebel sebab aku sentap kuat giler...hahaha. Tengahari tu makmak masak lauk kegemaran aku, ikan keli gulai cabai...BEst makmak, atuk...terima kasih berikan cucumu peluang mengenali kamu.....
Pendek cerita sebulan dua sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir, aku , isteri dan anak-anak sempat menemaninya untuk sekitar 5 hari. Aku tak rasa susahpun untuk menguruskan mandinya, makannya. Aku ingat lagi betapa seronoknya dia di dalam kereta kancil semasa membawa dan menghantarnya ke rumah abah. ISteri aku pesan nanti bila dah dapat kereta besar, bawalah dia pergi jalan. Tak sempat ....
Pagi masa abah telepon cakap makmak dah takde, aku jadi sebak sangat. Bagi aku , semasa sihatnye aku tak pernah ingat dia pernah susahkan anak cucunya. Tak pernah dia meminta tolong anak cucunya untuk mengambil apa-apa untuk nya... Atuk juga tak pernah lupa ingatkan aku keburukan merokok....
Dulu time sekolah2 dulu.. adeje cuti aku gagahkan kaki aku berjalan masuk ke rumah nenek aku di Jangkang yang sejauh 1000meter dari jalan besar. Bila dah sampai, aku disambut penuh mesra. Makan ikan keli yang atuk tangkap kat parit. makan tempe dgn tahu. Memang banyak aku makan . TV pun dulu tak ade. Lepas makan mesti aku tidur kemudian petang masuk kebun kutip kelapa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment